2013-12-27

im back with my new life....

Hahahahahaha... dh lama kowt aku xpost kn.... welcome back to my pages... hahahahaha.... so now with new life... klu dulu keje ntah apew2, skrg aku dh dpt keje tetap... keje Gov... rezeki semua dtg Dari DUIT Doa, Usaha, Ikhtiar, dan Tawakal.... semuanya Kuasa Yang Maha Esa... terima kasih Ya Allah atas pemberian Mu ini...


2011-07-16

KONVO TIME... HAHAHAHA....

Yahoooo... soo aku dh konvo skrg... dh brgelar pengajar... tpi ermmm hangit... pengajar dok tepi jln... hahahaha.... pew2 pn aku nak post psal aku nyer konvo pic... jom usharrr ckit pic2 nih....

that meee.... hahahahaha




gmbr nih smua sblm aku trima sjil... time amik jubah... keceriaan mula terserlah... hahahah












sooo itu sja kot psal konvo aku... ada msa pos lg... hahaha... xdew idea sgt kot... tgh blurrr... k cau...
assalamu'alaikum....

2011-06-30

ooopsssss soweee.......

Saya sayang awak..tapi betul ke saya sayang awak??awak sayang saya ke??kalau sayang, nape awak pegang tangan saya??awak nak tengok rambut saya,nak hug saya,nak saya pakai seksi2......nk suh saya antar gmbr x kai tudung??tudung 2 bukan uniform la awk.....memang la awak xkasi "bOy" lain tengok saya pakai seksi..tp awak xhalal lagi utk saya kan??saya sayang awak ke kalau saya kasi semua tu kat awak????? awak ada jawapan x skrg?????

Ramai yg nk bercinta...... ada 2 nk try2 pn ada.... tp jgn la utk bt main....itu dOsa....& haram di sisi islam....cinta NIAT utk Kahwin & Jdikn ia Halal utk kita je betOl...x haram.....nk bercinta mmg senang tp nk mengamalknnya secara halal & sebagai org islam 2 yg payah....ramai yg kapel kononnye letak syarat...syarat 2 la syarat ni la...tp sumer syarat terlepas......contohnye "xnk bersentuh la"..... tp lme2 bt jgk....zaman cyber ni jrg org je kapel x sentuhh...sekurang2 nye sentuh tangan,,, kadang2 sentuh x sengaje......mmg byk.....like on "cross road"...bese la jalan2 bwk lintas jalan.....kn2?????....

Allah dah berikan  jodoh yg terbaik untuk kite.....tp bergantung pd kite utk jdikn ia halal @ haram b4 di ijab kabulkan.....ramai yang putus cinta besenya bt keje2 bodoh.....ukir nama kt tangan ,potong nadi.....ish...keje yang di laknat Tuhan sume 2.....dunia ni xkekal la awak....akhirat sana akan kekal abadi......frust cinta mana pn kita kt dunia.....kt syurga 6t sume akan dpt....... awak nak kapel dengan Lisa Surihani boleh...........janji  awak buat yang Allah suruh & tinggalkan yang Allah larang....Insya-Allah.......

awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kt syurga tau..awak doakan la saya bia boleh masok syurga..saya nak jadi bidadari yg tunggu awak..n there, i'll be yours forever...tapi, kalau awak pergi dulu??ye..saya sedih..tp saya pun akan doakan awak..insyaAllah..nanti awak tunggu la saya kt syurga k??mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana..tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k??saya nak jadi bidadari awak......

...awak..maaf kan saya kalau ape yg saya buat n gtau ni mengguris hati awak..saya buat camni sbb saya sayang awak..saya xtau camne nak gtau awak..sebab tu saya pOst kt sini..maaf sebab saya post kat sini.... .at least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sbgai panduan..ramai kt luar sana kapel n buat macam2..saya takot nak post kat awak..tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni k..awak.......ingat tahu..SAYA SAYANG AWAK KETAT-KETAT.. n saya tunggu awak jemput saya sebagai yg halal utk awak nanti k.....ada jodoh xkemana......Insya-Allah.

 jurang antara kita harus dicari sementara masih hakiki.... sblm menjadi yg halal.....

2011-06-29

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ.....

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1)..

2011-06-02

HUKUM DAN SYARAK PEMAKAIAN TUDUNG/HIJAB BG KAUM HAWA



Sekiranya kita telusuri perkara yang berkaitan dengan makanan dan barangan halal dan haram, sejak dahulu lagi, banyak isu yang telah timbul di negara ini. Kita pernah kecoh tentang isu berus bulu khinzir yang digunakan untuk menyapu mentega apam balik, ayam daging import yang tidak disembelih mengikut syara’, ayam dicampur dengan daging babi di sebuah pasar raya dan terakhir sekali adalah isu sosej yang dibungkus dengan usus babi. Memang tidak dapat dinafikan, umat Islam di negara ini memang sangat peka terhadap isu barangan dan makanan halal-haram. Namun apa yang kerap diperhatikan adalah, kepekaan umat terhadap isu-isu ini hanya muncul buat sementara; umat akan sibuk membuat ulasan, pandangan dan kritikan hanya apabila isu ini panas dimainkan oleh pihak akhbar dan televisyen tetapi sejurus selepas isu-isu tersebut tidak dimuatkan lagi, masyarakat pun terlupa dan pihak yang terlibat pun ikut terlena semula….

Yang lebih menyedihkan lagi adalah, isu makanan halal-haram ini adalah isu yang bermusim yang seringkali dimainkan oleh pihak media cetak dan elektronik setiap kali kemunculannya. Jarang sekali kita melihat isu ini dibincangkan dari aspek pemikiran Islam yang jernih dan juga sistem dan pengaturan yang wajib ada bersamanya. Ini termasuklah mengenai konsep halal-haram di sisi Islam secara terperinci dan seterusnya mengenai penerapan sistem halal-haram yang lebih komprehensif dan mendalam, supaya masalah seperti ini dapat ditangani dengan tuntas.

Tudung – Ya atau Tidak?

Selain isu makanan halal-haram, isu busana Muslimah juga turut menjadi perbincangan hangat dan mendapat respon yang bercampur baur. Sebagai contoh baru-baru ini Pengetua SMK Abdullah Munshi di Pulau Pinang, melarang pelajarnya yang berumur 15 – 18 tahun dari mewakili sekolah dalam perlawanan bola jaring negeri kerana membuka tudung semasa bermain [New Straits Times 23 Mac 2006]; di Pahang, terdapat pula guru di sebuah sekolah aliran agama, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Sentang, yang telah menggunting tudung labuh pelajarnya seramai 65 orang kerana tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh mereka [Utusan Malaysia bertarikh 25 Februari, 2006]; begitu juga nasib seorang Muslimah, Habsah Jaafar yang dibuang kerja kerana majikannya, Hotel Renaissance, tidak membenarkan beliau memakai tudung semasa berkerja [Utusan Malaysia 27 Februari 2006]. Baru-baru ini pula, Ketua Polis Negara Tan Sri Omar Bakri memeranjatkan banyak pihak dengan kenyataannya mewajibkan polis wanita memakai tudung semasa bertugas dengan alasan keseragaman [New Straits Times 22 Mac 2006] namun isu ini diredakan oleh kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang menyatakan bahawa pemakaian tudung hanyalah pilihan, bukan wajib, kecuali untuk perbarisan rasmi, di mana mereka perlu mengikuti peraturan [Mingguan Malaysia 26 Mac 2006].

Lebih menyedihkan lagi adalah ’mazhab’ yang dianuti oleh artis dan isteri para menteri; mereka akan memakai tudung hanya apabila melakukan umrah atau haji serta ketika menghadiri majlis keagamaan tetapi akan meninggalkannya apabila tidak terlibat dalam majlis tersebut dan itu pun pemakaiannya tidak mengikuti hukum yang sepatutnya. Artis pula menganggap ‘menudung’ hati adalah lebih utama daripada menudungkan kepala, sehinggakan mereka akan memakainya hanya apabila sudah sampai ‘seru’ seperti kenyataan penyanyi terkenal Siti Norhaliza yang dikhabarkan sebelum ini akan memakai tudung satu hari nanti, dan masih dianggap ‘baik’ oleh sesetengah pihak [Al Islam Ogos 2004 m/s 13]. Selain itu juga, Norhayati Kaprawai dari SIS (Sister In Islam) pernah mengatakan semasa sesi Dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang bahawa pakaian taqwa itu yang lebih baik daripada menutup aurat.

Respon kepada isu ini menampakkan bahawa ada pihak yang bersetuju dengan pemakaian tudung dan tidak kurang juga pihak yang mengecam. Sebagai contoh, kemunculan ahli parlimen Indera Mahkota, Pahang, seperti seorang pelawak, mendedahkan bahawa anaknya telah dipulaukan di Methodist Girls’ School, Kuantan kerana tidak memakai tudung dan mempersoalkan kenapa berlaku diskriminasi kepada yang tidak bertudung. Sepatutnya Ahli Parlimen terbabit menyokong tindakan tersebut dan memboikot anaknya yang tidak bertudung serta memuji komuniti sekolah tersebut kerana memanifestasikan ruh Islam.

Isu tudung juga hangat diperdebatkan di Perancis dan United Kingdom. Di Perancis sebagai contoh, apabila pemakaian tudung tidak dibenarkan di sekolah-sekolahnya, ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan umat Islam seluruh dunia. Di London pula sebelum ini, Shabina Begum, 17 tahun telah dibenarkan memakai jilbab dan tudung ke sekolah oleh mahkamah, namun begitu keputusan tersebut telah ditarik balik, dan akhirnya dia tidak dapat bersekolah.

Tudung … Hukum Syara’?

Isu tudung pada hakikatnya tidak sepatutnya menjadi polemik masyarakat umat Islam yang tidak berkesudahan. Isu ini bukanlah isu etika berpakaian sehingga ia harus dipertimbangkan sama ada perlu atau tidak, sesuai atau tidak kepada masyarakat kita atau bila dan di mana ia wajar dipakai. Isu ini bukanlah isu yang boleh diperdebatkan atau dibincangkan dalam mencari kaedah perlaksanaan yang terbaik, atau samada ia harus diwajibkan atau tidak. Isu tudung adalah isu yang menyangkut soal hukum syara’ dan kedaulatannya. Oleh yang demikian, umat Islam wajib memartabatkan hukum syara’ dan wajib terikat di setiap masa dan detik tanpa menilai pangkat mahupun kedudukan. Inilah hakikat pemakaian tudung.

Tudung telah diWAJIBkan oleh Allah dalam firmanNya yang amat jelas:

…Dan hendaklah mereka (wanita beriman) menutup kain tudung mereka ke paras dada… [TMQ an-Nur:31]

Kehendak ayat ini adalah jelas. Allah tidak menerangkan lebih lanjut tentang maksud ayat ini dan tidak terdapat hadis qauli (ucapan Nabi) yang sahih tentangnya. Namun begitu, hadis iqrari (perakuan Nabi) yang sahih tentangnya amat banyak sekali, Ini merupakan hadis berbentuk perakuan Nabi terhadap para sahabat wanita yang semuanya bertudung setelah turun ayat tersebut. Di antaranya adalah:

Yang pertama, hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada ‘Aishah radhiAllahu ’anha:


"Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya."

Kedua, hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Abu Dawud daripada Safiyyah binti Shaybah katanya:

"Ketika kami bersama ‘Aisha r.a., kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aisha menyampuk: "Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw., seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka."

Jelas sekali, apabila perintah kewajiban memakai tudung diturunkan, kaum wanita Islam zaman awal tidak mempersoalkan sama ada boleh atau tidak, sesuai atau tidak, bila dan di mana dan tidak pula meminta para cendekiawan atau pemimpin mereka membincangkan soal pemakaian tudung; namun mereka bergegas menyambut perintah tersebut dengan mengoyakkan sebahagian kain sarung mereka untuk menutup kepala dan dada. Mereka melakukannya kerana menginginkan keredhaan Allah semata-mata dan bukan kerana ingin mendapatkan keredhaan manusia atas nama ‘glamour’, peraturan sekolah, undang-undang tempat kerja, periuk nasi, tidak sampai ‘seru’, pakaian ‘taqwa’ lebih baik atau pelbagai lagi alasan yang tidak masuk akal. Golongan wanita Muslim awal seperti inilah sepatutnya dijadikan contoh dan teladan kepada kaum wanita zaman kini untuk segera melaksanakan perintah pemakaian tudung, sekiranya merasakan diri merupakan wanita yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala

Perintah Agama atau Kenyataan Politik?

Jelasnya, tudung adalah kewajiban agama yang penting. Kewajiban ini dihasilkan secara langsung dari sumber-sumber Islam dan bukan merupakan hasil kenyataan politik terkini umat Islam. Hukum tudung telah ditetapkan oleh ulama salaf yang membentangkan keperluannya seribu tahun sebelum fenomena kebangkitan semula Islam. Hari ini , tudung telah menjadi isu kontroversi umat dan ahli politik; oleh itu, motivasi luhur yang menyangkut soal pemakaian tudung bagi menutup aurat hendaklah lahir hanya dari perasaan/ruh Islam dan bukan yang lain. Tambahan pula, pemakaian tudung yang tidak diasaskan kepada rasa tanggungjawab untuk menegakkan hukum syara’ dan mendapat keredhaan Allah tidaklah bermakna di sisiNya. Ini adalah kerana motivasi menutup aurat seperti ini masih tidak dikaitkan kepada perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala. Pahala dan keredhaan Allah hanya akan diperoleh ketika melakukan sesuatu kewajiban semata-mata keranaNya dan bukan atas alasan yang lain.

Khatimah

Pemakaian tudung adalah suatu kewajiban syara’. Ia bukanlah isu yang terkait dengan pilihan peribadi. Tanggapan bahawa adalah salah menghukum seseorang kerana ia tidak memakai tudung merupakan suatu tanggapan yang terpesong. Tudung juga tidak boleh dianggap sebagai adat budaya orang Melayu. Bagi umat Islam di Malaysia, pendidikan mengenai tudung, hakikat syara’nya dan cara pemakaiannya yang betul hendaklah diperhebatkan. Ini adalah perlu kerana ramai di antara kaum Muslimin dan Muslimat di Malaysia tidak difahamkan dengan jelas, sama ada oleh individu-individu di sekelilingnya, masyarakat, keluarga mahupun pemerintah tentang kewajiban mengenakan tudung dan pakaian menutup aurat yang sah di sisi syara’. Dengan pemahaman ini, masyarakat akan lebih peka mengenai aturan syara’ dalam penutupan aurat. Seterusnya, ini akan menimbulkan kepekaan yang amat tinggi di dalam masyarakat; tegur menegur atas kebaikan, khususnya di dalam isu pemakaian tudung dan busana Islam yang betul akan berleluasa dan nuansa Islam akan menyelubungi seluruh umat.

Di samping teguran dan tunjukan, hukuman takzir juga hendaklah dilaksanakan oleh negara kepada sesiapa yang tidak melaksanakan pemakaian tudung dan busana Islam yang sah di sisi syara’. Ini pernah dilakukan oleh Sultan Abdul Hamid II, Khalifah Uthmaniyyah Turki, dengan mengeluarkan pekeliling mendenda wanita yang tidak memakai tudung. Kalau sekiranya kompromi tidak diberikan terhadap pesalah trafik, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Trafik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II Nooryah Md Anvar [Berita Harian 23 Mac 2006], begitu juga sepatutnya kita melayan kesalahan wanita yang tidak memakai menutup aurat dengan betul. Wanita yang melanggar hukum ini sepatutnya dikenakan denda kerana melanggar hukum syara’.

Semua ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan sebenar-benarnya kecuali sekiranya semua pihak, tidak kira individu, masyarakat mahupun negara bekerjasama sepenuhnya melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala. Walaubagaimanapun, perlu diingati bahawa ini hanyalah sebahagian kecil dari hukum Islam yang telah ditinggalkan dan dipandang remeh. Hukum pemakaian tudung wajib dilaksanakan bersama-sama dengan hukum-hukum, peraturan dan sistem Islam yang lain seperti sistem ekonomi, pemerintahan, pendidikan, penghukuman dan sistem sosial. Dengan kata lain, Islam perlulah dilaksanakan secara kaffah (menyeluruh).

Wahai Umat Islam yang dimuliakan oleh Allah, sedarlah bahawa keterikatan kita kepada Islam mewajibkan kita untuk melaksanakan kesemua aspek hukum-hukumnya . Namun, hakikatnya, ini tidak akan mampu dilaksanakan kecuali dengan kita saling bahu membahu berdakwah mengikut jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan menegakkan Daulah Khilafah yang akan membawa rahmat keseluruh alam ini. Amin
 

ABOUT MY SELF

shamkdh.blogspot adalah satu laman web peribadi yang dicipta khas hanya utk hiburan, penyampaian dan serba sdikit tntang khdupan realiti mnusia.... blog ini adalah milik anak tempatan yang telah dilahirkan di hospital besar sungai petani pada tanggal 21.12.1986..... blog ini adalah hasil karya seorg anak tmpatan yang bernama muhammad shamer bin mushaker.... penulis berharap agar sama2 ktaa kongsi pengalaman didalam blog ni... insyaAllah....
sedikit informasi tentang penulis blog ini...

nama samaran : sham, bob, @ shamer.....

jantina             : lelaki sejati + lelaki tulen.....

status             : belum berkahwin @ bujang trang tang tang @ belum berpunya(masih mencari)... hehehe

pendidikan     :

1989    tadika nurul ain
1993    sek keb kulim
1999    sek men keb keladi
2002    sek men teknik taiping
2004    maktab adabi masyriah
2005    national youth skill training institut bukit mertajam (ikbnbm) (level 2 elktronik)
2007    advance technology kulim (adtec) (dip tek elektronik)
2010    CIAST @ center for instructor & advance skill training shah alam (voc training officer @ vto) 

ermmmm 2 la srba sedikit psall life aku... dn kini aku harap dgn apa yg aku dpt, akn aku gna sebaik-baiknya... insyaAllah



2011-05-05

LAGU LAGU NEGERI DIDALAM MALAYSIA..... TERJAHHHHH

Malaysia, sebuah negara yang aman makmur. Di sinilah tempat aku dilahirkan, dibesarkan, dididik dengan ilmu dan amal, tempat aku mencari pengalaman dari pelbagai aspek, tempat di mana aku kenal apa itu erti kehidupan. Ini adalah negaraku yang tercinta dan tak mungkin akan aku khianati negara aku walau apa pun. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis bangsa dan agama dan majoriti bangsa di Malaysia adalah bangsa Melayu, Cina dan India.
So kali ni entry aku adalah pasal lagu patriotik @ lagu negeri yg terdapat didalam negara kita ini iaitu Malaysia....Jom terjah!


1. LAGU NEGERI KEDAH DARUL AMAN

2. LAGU NEGERI PERLIS INDRA KAYANGAN

3. LAGU NEGERI PULAU PINANG PULAU MUTIARA

4. LAGU NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

5. LAGU NEGERI KELANTAN DARUL NAIM

6. LAGU NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

7. LAGU NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

8. LAGU NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

9. LAGU NEGERI MELAKA BANDAR BERSEJARAH

10. LAGU NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

11. LAGU NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR


12. LAGU NEGERI SARAWAK BUMI KENYALANG


13. LAGU NEGERI SABAH DIBAWAH BAYU

14. LAGU WILAYAH PERSEKUTUAN
(TERDIRI DARIPADA : WILAYAH LABUAN, KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA)

dan yang terakhir skali jgn kta lupa yerrr... lagu KEBANGSAAN iaitu LAGU NEGARAKU..... jom sama2 kta bernyanyi......

LAGU NEGARAKU OH TANAH AIRKU MALAYSIA KU YANG MAJU.......

so sekian saja ari aku untuk kali ini... nnti entry psal lagu bola pula... lgpn skrg kn tgh hot bola liga super malaysia.... hahaha... tp aku sokong negeri aku la.... KEDAH... hahaha... BIAR JASA JADI KENANGAN... LAWAN TETAP LAWAN......

2011-04-20

aku yg poyo....

ish klu mbas blik paper nih mcm xcaya jerk muka aku blh msuk paper.. hahaha.. tp tu smua duniawi.. hahaha.. mcm la aku nih bek sgt kn.. tp pa2 pn just remember back this story...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1215&pub=utusan_malaysia&sec=Utara&pg=wu_03.htm&arc=hive

RAHMAT TUHAN YANG MAHA AGUNG....

“Hari ini aku senang….
mungkin esok aku susah….
aku pernah mengalaminya….
tapi!!… itulah perjalanan hidup manusia…
ia bagai suatu pusingan roda….”
“tapi.. dengan hanya rahmat dari Mu ya Allah yang Maha Esa….
aku bersyukur…aku bersyukur…
aku dapat menikmati segala yang tidak ternilai ini…
“AKU BERSYUKUR PADA MU…. YA ALLAH… SYUKUR ALHAMDULILLAH”
“Hari ini aku dapat merasai,
biar sehebat mana kita ini….
kita sebenarnya hanya bagaikan
debu-debu yang berterbangan di padang pasir,
yang mencari tempat untuk perlindungan…”
“seperti lirik lagu yang dinyanyikan
oleh RAMLI SARIP (nyanyian serambi)…
“Biar emas setinggi gunung
kn ku peluk ribuan ampun
rahmat yang maha Agung…”
“Biarkan hatiku ini berterusan kesepian
kerana sepi itu teramat indah buat aku….
usah lah sesiapa ganggu hidup aku…
hanya semata-mata inginkan kepuasa….
biarlah aku sendirian… biarlah…biarlah….
nukilan ini ku tulis lebih kurang 6-7 tahun yang lalu… luahan hati aku ketika aku berada dalam dunia yg amat menyakitkan hati….teramat-amat sakit buatku… tetapi aku hanya mampu menyembunyikannya….